Thursday, October 22, 2015

TOKOH USAHAWAN : DATO’ ALIFF SYUKRI BIN KAMARZAMAN


Nama sebenar beliau adalah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan pengasas kepada produk kosmetik, D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan bapa kepada 3 orang anak serta suami kepada Datin Nur Shahida Mohd Rashid. Selain itu, Dato’ Aliff Syukri juga merupakan anak kedua kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Beliau mendapat gelaran Dato’ seawal usia 23 tahun. Alam persekolahannya bermula di Teluk Gadong, Klang. Dia kemudiannya dimasukkan ke sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama pada usia 14 hingga 16 tahun. Selepas ibunya berjaya menjadi usahawan, beliau dimasukkan ke sekolah swasta Integrasi As-Syakirin di Seksyen 13, Shah Alam. Semasa itu, mereka berpindah ke Subang Jaya, Selangor sehingga tingkatan 5 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Taylor College.

CIRI-CIRI USAHAWAN

1.  BERWAWASAN
Antara salah satu ciri yang ditonjolkan oleh Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman sebagai seorang usahawan yang berjaya ialah berwawasan. Ciri wawasan dapat dibuktikan apabila beliau meletakkan visi utama D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua–dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga. Sebagai seoerang usahawan yang berjaya juga, beliau menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan kerajaan dengan misi yang telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs

2.  PROAKTIF
Selain mempunyai ciri berwawasan, Dato’ Aliff Syukri juga merupakan seorang usahawan yang bersifat proaktif. Ciri ini dapat dibuktikan apabila beliau mempunyai cita-cita ingin mencipta dan menjual produk ciptaanya sendiri bukan hanya bergantung kepada produk orang lain. Semasa beliau bergiat aktif dalam mengadakan bengkel kecantikan di seluruh Malaysia, beliau menyuarakan hajatnya iaitu ingin membuat satu jenama produknya sendiri walaupun beliau tahu bahawa ingin mencipta satu jenama baru bukanlah mudah. Namun, ramai yang menghadiri mensyuarat yang dianjurkan oleh beliau semuanya berminat dan yakin akan kewibawaan beliau untuk mencipta satu jenama tersendiri. Hasil daripada ciri yang ditonjolkan oleh beliau maka terhasillah satu jenama produk yang kini mendapat sambutan yang hangat di pasaran iaitu D’Herbs.

3.  KEGAGALAN IALAH PILIHAN UNTUK BERJAYA
Sebagai seorang usahawan muda yang berjaya, Dato’ Aliff Syukri juga mempamerkan ciri seorang usahawan iaitu melihat kegagalan yang terjadi sebagai satu landasan untuk berjaya. Ciri yang ditonjolkan ini menunjukkan bahawa usahawan mempunyai semangat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ciri ini dipamerkan oleh Dato’ Aliff Syukri apabila beliau ingin mendapatkan modal bagi mencipta produknya sendiri. Walaupun beliau dimaki dan diherdik serta kertas kerja yang dibuat oleh beliau tidak diterima dan diluluskan oleh pihak bank, itu tidak bererti beliau akan putus asa dalam mendapatkan modal. Dengan semangat inisiatif tinggi yang ada dalam dirinya, beliau dapat meyakinkan rakan-rakan serta pelanggan dalam memberikan beliau modal dalam perniagaannya. Modal tersebut dijadikan pelaburan dan hasilnya, syarikat D’Herbs sampai ketahap yang membanggakan pada hari ini.

4.  BERANI MENGAMBIL RISIKO
Usahawan perlulah berkebolehan dalam melakukan pelbagai perkara bagi menjamin kejayaan perniagaan yang dijalankan. Dato’ Aliff Syukri merupakan seorang yang berkebolehan. Ini terbukti apabila beliau sendiri yang mempromosikan produk yang diasaskan oleh beliau di pasaran. Pelbagai kritikan, komen serta pandangan buruk orang ramai terhadap cara beliau mempromosikan produk beliau tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mempromosi produk tersebut. Beliau juga ada mengatakan, jika ingin berjaya, seseorang usahawan perlulah berfikiran positif dan menolak semua tanggapan negatif orang ramai. Ciri berani mengambil risiko serta sikap optimistik terhadap perniagaan yang beliau jalankan menyebabkan produk D’Herbs terkenal dengan tagline ‘terlajak laris’ dan sering diperkatakan. Produk D'Herbs telah diiklankan di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kepada perniagaan. Produk D’Herbs juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan D'Herbs juga telah menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari Bintang yang disiarkan di Astro dan TV 

5.    MEMPUNYAI RANGKAIAN
Semasa menerajui tampuk kepimpinan dalam perniagaan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri tidak lari daripada tanggungjawab yang seringkali dikaitkan dengan sifat kepimpinan. Seseorang usahawan perlu bijak membuat keputusan bagi memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan. Dato’Aliff Syukri menonjolkan ciri tersebut apabila beliau membuat keputusan ingin bernaung di bawah Label Syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2012. Ini merupakan tahun kemuncak bagi perniagaan beliau. Beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa. Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju. Dato’ Aliff Syukri juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia. D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan seterusnya membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.

KESIMPULAN

            Pada pendapat saya, selepas kita menyelesaikan tugas ini, kita tahu bahawa untuk menjadi usahawan yang baik. Kita harus lebih yakin terhadap apa yang kita yang melakukan atau kita yang ingin terlibat dalam bidang keusahawanan ini. Tambahan pula, kita boleh berkongsi teladan yang baik kepada orang lain tentang bagaimana untuk menjadi usahawan yang baik berdasarkan contoh usahawan yang berjaya. Kita perlu membuat kesimpulan dalam tugas ini. Dalam usaha untuk menjadi usahawan yang berjaya, bukan satu cara mudah untuk mencapai. Salah satu resipi kejayaan adalah kita perlu lebih berhati-hati dalam meramalkan produk yang betul dalam pasaran. Produk mesti menyerasi dengan komuniti sosio-budaya. Idea ini adalah untuk mendapatkan produk yang betul untuk pasaran adalah juga tidak perlu yang akan dijana melalui satu proses yang panjang dan sukar, tetapi idea yang timbul secara tiba-tiba juga boleh membantu seseorang untuk menjadi usahawan yang berjaya.

            Selain itu, kesimpulan yang kita peroleh dengan pilihan usahawan Dato Aliff Syukri adalah melalui minat yang mendalam terdapat sesuatu yang boleh membantu untuk mencapai kejayaan seperti dia berkata, "Untuk berjaya anda mesti suka apa yang kamu lakukan" . Kami mesti mempunyai satu pelan dan tujuan untuk mencapai matlamat kita dalam perniagaan. Ciri-ciri usahawan yang merupakan pemimpin dalam usahawan-usahawan ini, bakal usahawan yang ingin menceburi kerjaya ini, mereka boleh membuat Dato Aliff Syukri sebagai model peranan. Dalam cerita itu menunjukkan memulakan perniagaan kita mesti mempunyai keberanian untuk menangani pelbagai kemungkinan yang akan datang. Apabila kegagalan seorang datang, kita tidak boleh mudah berputus harapan sebaliknya terus berjuang. Apabila produk kami diterima oleh semua lapisan masyarakat, kita telah berjaya memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Dalam perniagaan, kepuasan pelanggan adalah keutamaan untuk usahawan.