Nama sebenar beliau adalah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau dilahirkan pada 03 April 1987 di
Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan pengasas kepada produk kosmetik,
D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan bapa kepada 3 orang anak serta
suami kepada Datin Nur Shahida Mohd Rashid. Selain itu,
Dato’ Aliff Syukri juga merupakan anak kedua kepada pengasas produk kosmetik
Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Beliau mendapat gelaran Dato’ seawal usia 23
tahun. Alam persekolahannya bermula di Teluk Gadong, Klang. Dia kemudiannya
dimasukkan ke sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu
agama pada usia 14 hingga 16 tahun. Selepas ibunya berjaya menjadi usahawan,
beliau dimasukkan ke sekolah swasta Integrasi As-Syakirin di Seksyen 13, Shah
Alam. Semasa itu, mereka berpindah ke Subang Jaya, Selangor sehingga tingkatan 5 dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Taylor
College.
Thursday, October 22, 2015
CIRI-CIRI USAHAWAN
1. BERWAWASAN
Antara salah satu ciri yang ditonjolkan
oleh Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman sebagai seorang usahawan yang berjaya ialah
berwawasan. Ciri wawasan dapat dibuktikan apabila beliau meletakkan visi utama
D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan
produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan
ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan,
keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan
sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua–dua pihak iaitu
pengeluar dan peniaga. Sebagai seoerang usahawan yang berjaya juga, beliau
menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan kerajaan dengan misi yang
telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu Membantu golongan wanita dan lelaki
yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih
yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih
lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs
2. PROAKTIF
Selain mempunyai ciri berwawasan, Dato’
Aliff Syukri juga merupakan seorang usahawan yang bersifat proaktif. Ciri ini dapat dibuktikan apabila beliau mempunyai cita-cita ingin
mencipta dan menjual produk ciptaanya sendiri bukan hanya bergantung kepada
produk orang lain. Semasa beliau bergiat aktif dalam mengadakan bengkel
kecantikan di seluruh Malaysia, beliau menyuarakan hajatnya iaitu ingin membuat
satu jenama produknya sendiri walaupun beliau tahu bahawa ingin mencipta satu
jenama baru bukanlah mudah. Namun, ramai yang menghadiri mensyuarat yang
dianjurkan oleh beliau semuanya berminat dan yakin akan kewibawaan beliau untuk
mencipta satu jenama tersendiri. Hasil daripada ciri yang ditonjolkan oleh
beliau maka terhasillah satu jenama produk yang kini mendapat sambutan yang
hangat di pasaran iaitu D’Herbs.
3. KEGAGALAN IALAH PILIHAN
UNTUK BERJAYA
Sebagai seorang usahawan muda yang
berjaya, Dato’ Aliff Syukri juga mempamerkan ciri seorang usahawan iaitu melihat kegagalan yang terjadi sebagai satu landasan
untuk berjaya. Ciri yang ditonjolkan ini menunjukkan
bahawa usahawan mempunyai semangat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ciri ini
dipamerkan oleh Dato’ Aliff Syukri apabila beliau ingin mendapatkan modal bagi
mencipta produknya sendiri. Walaupun beliau dimaki dan diherdik serta kertas
kerja yang dibuat oleh beliau tidak diterima dan diluluskan oleh pihak bank,
itu tidak bererti beliau akan putus asa dalam mendapatkan modal. Dengan
semangat inisiatif tinggi yang ada dalam dirinya, beliau dapat meyakinkan
rakan-rakan serta pelanggan dalam memberikan beliau modal dalam perniagaannya.
Modal tersebut dijadikan pelaburan dan hasilnya, syarikat D’Herbs sampai
ketahap yang membanggakan pada hari ini.
4. BERANI MENGAMBIL RISIKO
Usahawan perlulah berkebolehan dalam
melakukan pelbagai perkara bagi menjamin kejayaan perniagaan yang dijalankan.
Dato’ Aliff Syukri merupakan seorang yang berkebolehan. Ini terbukti apabila
beliau sendiri yang mempromosikan produk yang diasaskan oleh beliau di pasaran.
Pelbagai kritikan, komen serta pandangan buruk orang ramai terhadap cara beliau
mempromosikan produk beliau tidak mematahkan semangat beliau untuk terus
mempromosi produk tersebut. Beliau juga ada mengatakan, jika ingin berjaya,
seseorang usahawan perlulah berfikiran positif dan menolak semua tanggapan
negatif orang ramai. Ciri berani mengambil
risiko serta sikap optimistik terhadap perniagaan yang
beliau jalankan menyebabkan produk D’Herbs terkenal dengan tagline ‘terlajak
laris’ dan sering diperkatakan. Produk D'Herbs telah diiklankan di majalah dan
akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga,
Harmoni, Metro, di mana iklan telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi
impak yang sangat besar kepada perniagaan. Produk D’Herbs juga telah bersiaran
di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih
membanggakan D'Herbs juga telah menaja program-program hebat seperti Akademi
Fantasia dan Bintang Mencari Bintang yang disiarkan di Astro dan TV
5.
MEMPUNYAI RANGKAIAN
Semasa menerajui tampuk kepimpinan dalam
perniagaan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri tidak lari daripada tanggungjawab yang
seringkali dikaitkan dengan sifat kepimpinan. Seseorang usahawan perlu bijak
membuat keputusan bagi memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan.
Dato’Aliff Syukri menonjolkan ciri tersebut apabila beliau membuat keputusan
ingin bernaung di bawah Label Syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2012. Ini
merupakan tahun kemuncak bagi perniagaan beliau. Beliau telah
mengembangkan perniagaannya dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik
syarikat yang lebih strategik dan selesa. Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan
semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan
lebih meluas dan berkembang maju. Dato’ Aliff Syukri juga telah membuka
beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan
menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan
Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan
bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia
dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada
pengguna-pengguna di seluruh Malaysia. D’Herbs juga telah membuka sebuah
syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini
khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan seterusnya membuka
ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di
bawah syarikat ini.
KESIMPULAN
Pada pendapat saya, selepas kita
menyelesaikan tugas ini, kita tahu bahawa untuk menjadi usahawan yang baik.
Kita harus lebih yakin terhadap apa yang kita yang melakukan atau kita yang
ingin terlibat dalam bidang keusahawanan ini. Tambahan pula, kita boleh
berkongsi teladan yang baik kepada orang lain tentang bagaimana untuk menjadi
usahawan yang baik berdasarkan contoh usahawan yang berjaya. Kita perlu membuat
kesimpulan dalam tugas ini. Dalam usaha untuk menjadi usahawan yang berjaya,
bukan satu cara mudah untuk mencapai. Salah satu resipi kejayaan adalah kita
perlu lebih berhati-hati dalam meramalkan produk yang betul dalam pasaran.
Produk mesti menyerasi dengan komuniti sosio-budaya. Idea ini adalah untuk
mendapatkan produk yang betul untuk pasaran adalah juga tidak perlu yang akan
dijana melalui satu proses yang panjang dan sukar, tetapi idea yang timbul
secara tiba-tiba juga boleh membantu seseorang untuk menjadi usahawan yang
berjaya.
Selain itu, kesimpulan yang kita
peroleh dengan pilihan usahawan Dato Aliff Syukri adalah melalui minat yang
mendalam terdapat sesuatu yang boleh membantu untuk mencapai kejayaan seperti
dia berkata, "Untuk berjaya anda mesti suka apa yang kamu lakukan"
. Kami mesti mempunyai satu pelan dan tujuan untuk mencapai matlamat kita dalam
perniagaan. Ciri-ciri usahawan yang merupakan pemimpin dalam usahawan-usahawan
ini, bakal usahawan yang ingin menceburi kerjaya ini, mereka boleh membuat Dato
Aliff Syukri sebagai model peranan. Dalam cerita itu menunjukkan memulakan
perniagaan kita mesti mempunyai keberanian untuk menangani pelbagai kemungkinan
yang akan datang. Apabila kegagalan seorang datang, kita tidak boleh mudah
berputus harapan sebaliknya terus berjuang. Apabila produk kami diterima oleh
semua lapisan masyarakat, kita telah berjaya memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna. Dalam perniagaan, kepuasan pelanggan adalah keutamaan untuk usahawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)